Selasa, 02 April 2013

KISAH DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS




Diriwayatkan oleh Muadz bin Jabal r.a. dari Ibn Abbas r.a., ia berkata : " Kami bersama Rasululah SAW berada di rumah seorang sahabat dari golongan Anshar dalam sebuah jamaah. Tiba-tiba, ada
yang memanggil dari luar : " Wahai para penghuni rumah, apakah kalian mengizinkanku masuk, kerana kalian memerlukanku ". Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat :" Apakah kalian
tahu siapa yang menyeru itu ?". Para sahabat menjawab , " Tentu Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui ". Rasulullah berkata : " Dia adalah Iblis yang terkutuk - semoga Allah senantiasa
melaknatnya". Umar bin Khattab r.a. berkata :" Ya, Rasulullah, apakah engkau mengizinkanku untuk membunuhnya?". Nabi SAW berkata pelan :" Bersabarlah wahai Umar, apakah engkau tidak tahu
bahawa dia termasuk mereka yang tertunda kematiannya sampai waktu yang ditentukan ?. Sekarang silakan bukakan pintu untuknya, kerana ia sedang diperintahkan Allah SWT. Fahamilah apa
yang dia ucapkan dan dengarkan apa yang akan dia sampaikan kepada kalian ! ".




Ibnu Abbas berkata : " Maka dibukalah pintu, kemudian Iblis masuk ke tengah-tengah kami. Ternyata dia adalah seorang yang sudah tua bangka dan buta sebelah mata. Dagunya berjanggut
sebanyak tujuh helai rambut yang panjangnya seperti rambut kuda, kedua kelopak matanya memanjang , kepalanya seperti kepala gajah yang sangat besar, gigi taringnya memanjang
keluar seperti taring babi, kedua bibirnya seperti bibir macan / kerbau . Dia berkata, " Assalamu 'alaika ya Muhammad, assalamu 'alaikum ya jamaa'atal-muslimin ". Nabi SAW menjawab :"
Assamu lillah ya la'iin AKU telah mengetahui, engkau punya keperluan kepada kami. Apa keperluanmu wahai Iblis".


Iblis berkata :" Wahai Muhammad, aku datang bukan kerana keinginanku sendiri, tetapi aku datang kerana terpaksa ."

Nabi SAW berkata :" Apa yang membuatmu terpaksa harus datang kesini, wahai terlaknat?".

Iblis berkata," Aku didatangi oleh seorang malaikat utusan Tuhan Yang Maha Agung, ia berkata kepada-ku 'Sesungguhnya Allah SWT menyuruhmu untuk datang kepada Muhammad SAW dalam
keadaan hina dan bersahaja. Engkau harus memberitahu kepadanya bagaimana tipu muslihat, godaanmu dan rekayasamu terhadap Bani Adam, bagaimana engkau membujuk dan merayu mereka.
Engkau harus menjawab dengan jujur apa saja yang ditanyakan kepa-damu'. Allah SWT bersabda," Demi kemulia-an dan keagungan-Ku, jika engkau berbohong sekali saja dan tidak berkata benar,
niscaya Aku jadikan kamu debu yang dihempas oleh angin dan Aku puaskan musuhmu karena bencana yang menimpamu".

Wahai Muhammad, sekarang aku datang kepadamu sebagaimana aku diperintah. Tanyakanlah kepadaku apa yang kau inginkan. Jika aku tidak memuaskanmu tentang apa yang kamu tanyakan
kepadaku, nescaya musuhku akan puas atas musibah yang terjadi padaku. Tiada beban yang lebih berat bagiku daripada leganya musuh-musuhku yang menimpa diriku".

Rasulullah kemudian mulai bertanya :" Jika kamu jujur, beritahukanlah kepada-ku, siapakah orang yang paling kamu benci ?".

Iblis menjawab :" Engkau, wahai Muhammad, engkau adalah makhluk Allah yang paling aku benci, dan kemudian orang-orang yang mengikuti agamamu".

Rasulullah : Bagaimana pendapatmu tentang aku?

Iblis : Aku mampu mengubah diri, bentuk, rupa serta suara siapapun bahkan menirukan segala suara binatang dan lain-lain. Namun aku tak sanggup menyamar menyerupaimu karena Allah
melarang keras. Sekali-kali aku tak berani melangggar larangan itu. Bila aku berbuat juga niscaya hancurlah aku menjadi abu.

Rasulullah : Bagaimana caramu memperlakukan makhluk Allah?

Iblis : Ada beberapa cara :
- Terhadap wanita kugiatkan nafsunya hingga merenggangkan kedua pahanya kepada laki-laki yang bukan suaminya. Dengan begini terjadilah perzinahan.
- Sebagian kulalaikan dari zakat, dan kuberdayakan dengan makanan dan minuman haram serta perbuatan maksiat.
- Sebagian aku lalaikan dengan harta kekayaan sehingga dengan itu mereka berbuat maksiat.
- Antara kaum laki-laki dan kaum wanita kuperdaya imannya hingga berbelok dan lemah. Dengan demikian lebih mudah bagiku menarik mereka ke jalan maksiat. Kusenangkan mereka di tempat-
tempat hiburan dengan minuman keras. Dan bila rasa malu telah hilang kerana mabuk maka hilang pula akal dan pikirannya, saat itu kutaburkan syahwat di antara mereka sehingga terbukalah
pintu-pintu maksiat yang besar.
- Dan apabila mereka terlanjur melakukan maksiat-maksiat besar lalu ingin bertaubat dan mulai beribadah lagi maka kukerahkan segala taktik supaya mereka menangguhkan taubat dan ibadahnya.
- Sebahagian kumasuki hatinya supaya mereka beramal dengan riya (supaya dipuji orang) dan ujub (mengagumi amalnya sendiri). Penghasutan ini berlaku siang dan malam.

Rasulullah : Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekarjaan yang tak memberimu faedah malah menambah kutuk dan laknat bagimu di akhirat.

Iblis : Ini disebabkan oleh hawa nafsu, takabbur, hasad dan dengki sehingga menjatuhkan aku kedalam kehinaan. Aku telah beribu-ribu tahun menjadi pemimpin segala malaikat melakukan tasbih
dan ibadah kepada Allah sampai datanglah firman Allah kepada kami:

"Aku hendak menciptakan seorang khalifah di dunia".

Dan setelah Adam tercipta, kami diperintahkan sujud kepadanya. Semua malaikat sujud tetapi aku tidak dengan alasan aku lebih mulia daripada Adam kerana aku diciptakan dari api sedang Adam
dari tanah.

Dan kerana kesombonganku Tuhan murka. Aku diusir dan dilaknat sampai hari kiamat. Wajahku yang dulunya bercahaya dan cakap sirna menjadi buruk dan keji, sedangkan Adam ditetapkan
menjadi khalifah dan bertempat tinggal di syurga bersama isterinya Siti Hawa. Mereka bergembira ria didalamnya sehingga dendamku menjadi-jadi. Melalui Hawa tipu dayaku berhasil. Mereka
memakan buah larangan, lalu Allah murka dan menurunkan mereka di tempat yang terpisah di bumi. Setelah sekian lama baru mereka bertemu kemudian mempunyai anak laki-laki dan perempuan.
Lalu kuhasut pula anak Adam yang bernama Qobil agar membunuh saudaranya Habil. Aku belum puas sampai disitu, aku akan terus memperdaya anak cucu Adam hingga hari kiamat. Namun
setelah engkau diutus, segala rayuan dan pujukan yang kulakukan terhalang kerana mereka Engkau ajak menganut agama Islam. Dahulu sebelum engkau dilahirkan, aku dan tentera-tenteraku
bebas naik ke langit mencari rahsia-rahsia tentang nasib manusia atau tulisan yang menyuruh manusia beribadah dengan ganjaran syurga. Maka apabila aku turun kubisikkan pada mereka dengan
cara yang bertentangan sehingga mereka tersesat. Tetapi sejak engkau dilahirkan, golongan iblis tidak lagi diperbolehkan naik ke langit. Pintu-pintu langit dijaga ketat oleh malaikat-malaikat dan
bila aku dan tenteraku berkeras menerobosl langit, para malaikat membidik dengan panah-panah berapi. Banyak tenteraku yang terbakar kerananya.

Rasulullah : Apa yang lebih engkau dahulukan dalam memperdayakan manusia?


Iblis : Pertama sekali kupalingkan imannya supaya mengubah iktikadnya dari mukmin kepada syirik, baik dari perkataan, perbuatan mahupun niat di hatinya. Jika tidak dapat kupalingkan dengan
cara ini aku mengubah cara dengan mengurangkan pahalanya supaya lama-kelamaan terjerumus dalam tipu dayaku.

Rasulullah SAW :" Siapa lagi yang kamu benci?".

Iblis :" Anak muda yang taqwa, yang menyerahkan jiwanya kepada Allah SWT".

Rasulullah :" Lalu siapa lagi ?".

Iblis :" Orang Alim dan Wara yang saya tahu, lagi penyabar".

Rasulullah :" Lalu, siapa lagi ?".

Iblis :" Orang yang terus menerus menjaga diri dalam keadaan suci dari kotoran".

Rasulullah :" Lalu, siapa lagi ?".

Iblis :" Orang miskin yang sabar, yang tidak menceritakan kefakirannya kepada orang lain dan tidak mengadukan keluh-kesahnya ".

Rasulullah :" Bagaimana kamu tahu bahawa ia itu penyabar ?".

Iblis :" Wahai Muhammad, jika ia mengadukan keluh kesahnya kepada makhluq sesamanya selama tiga hari, Tuhan tidak memasukkan dirinya ke dalam golongan orang-orang yang sabar ".

Rasulullah :" Lalu, siapa lagi ?".

Iblis :" Orang kaya yang bersyukur ".

Rasulullah bertanya :" Bagaimana kamu tahu bahwa ia bersyukur ?".

Iblis :" Jika aku melihatnya meng-ambil dari dan meletakkannya pada tempat yang halal".

Rasulullah : Bagaimana keadaanmu bila ummatku menegakkan sholat?

Iblis : Seluruh tubuhku gementar , lemah longlai sendi-sendi tulangku. Maka aku perintahkan anak buahku menghalang-halangi dan menggoda orang lslam yang akan solat. Setiap orang dengan
berpuluh-puluh syaitan. Sebahagian menaiki badan orang yang solat itu agar berat dan malas. Sebahagian lagi membisikkan hatinya agar was-was sehingga kadangkala terlupa rakaat yang
dikerjakan. Sebahagian lagi menaiki telinganya sehingga ia mendengarkan orang-orang yang bercakap-cakap, bunyi-bunyian dan sebagainya dari perbuatan yang sia-sia. Sebahagian lagi
menduduki belakangnya agar tak tahan duduk dan sujud lama, sehingga ingin cepat selesai.

Rasulullah :"Kenapa, wahai terlaknat?".

Iblis :" Sesungguhnya, jika seorang hamba bersujud kepada Allah sekali sujud saja, maka Allah mengangkat darjatnya satu tingkat".

Rasulullah : Bagaimana keadaanmu apabila ummatku berpuasa kerana Allah semata?

Iblis : Inilah suatu bencana dan kesedihan yang amat sangat aku rasakan kerana apabila masuk bulan Ramadhan maka memancarlah cahaya Arsyi dan Kursy serta seluruh malaikat menyambutnya
dengan kegembiraan. Bagi orang islam yang berpuasa akan mendapatkan kurnia yang besar dari Allah. Dosa-dosanya diampuni oleh Allah. Yang paling menyakitkan hatiku adalah seluruh isi langit
dan bumi ikut memohonkan ampunan bagi orang-orang yang berpuasa. Setinggi-tingginya yang capai oleh orang yang berpuasa adalah dibebaskan oleh Tuhan setiap hari dalam bulan Ramadhan
seribu pembebasan dan azab api neraka. Semua pintu neraka ditutup rapat dan semua pintu syurga dibuka lebar-lebar dan berhembuslah angin sepoi-sepoi dari bawah Arsyi melalui surga. Setiap
awal bulan puasa, malaikat turun atas perintah Tuhan menangkap kami. Mereka membelenggu dan merantai kaki dan tangan kami dengan besi yang panas lalu memasukkan kami ke bawah bumi
yang sangat dalam dengan azab yang sangat keras sampai ummatmu selesai berpuasa barulah kami dibebaskan. Semua itu dimaksudkan agar kami tidak dapat mengacau ummat yang sedang
berpuasa sehingga mereka berpuasa dengan perasaan gembira.

Rasulullah :" Bagaimana perasaanmu jika ummatku menunaikan haji kerana Allah semata??".

Iblis :" Saya menjadi gila".

Rasulullah: Bagaimana perasaanmu apabila ummatku membaca Al-Qu`an dengan ikhlas?

Iblis : Tubuhku terasa hangus dan terasa putus urat-uratku, maka segera aku lari menghindar.

Rasulullah :" Jika mereka berzakat ?".

Iblis :" Seakan-akan orang yang berzakat itu mengambil gergaji / kapak dan memotongku menjadi dua".

Rasulullah :" Mengapa begitu, wahai Abu Murrah ?".

Iblis :" Sesungguhnya ada empat manfaat dalam zakat itu. Pertama, Tuhan menurunkan berkah atas hartanya. Kedua, menjadikan orang yang berzakat disenangi makhluk-Nya yang lain. Ketiga,
menjadikan zakatnya sebagai penghalang antara dirinya dengan api neraka. Ke-empat, dengan zakat, Tuhan mencegah bencana dan malapetaka agar tidak menimpanya".

Rasulullah : Bagaimana pandangmu terhadap masing-masing sahabatku (yang empat itu)?

Iblis : Semua sahabatmu adalah musuhku.

Rasulullah :"Apa pendapatmu tentang Abu Bakar?".


Iblis :" Wahai Muhammad, pada zaman jahiliyah, Abu Bakar Siddiq Quhafah sebelum bersamamu aku tak sanggup mendekatinya apalagi setelah mendampingimu. Dialah yang pertama kali
menyaksikan engkau sebagai Rasul Allah dan engkau pernah mengatakan bahwa seandainya ditimbang kebajikan Abu Bakar Siddiq dengan kebajikan isi dunia, nescaya lebih berat kebajikan Abu
Bakar Siddiq. Lagi pula Abu bakar adalah mertuamu kerana engkau nikahi anak gadisnya Aisyah.

Rasulullah :" Apa pendapatmu tentang Umar ?".

Iblis :" Demi Tuhan, terhadap Umar Ibnu Khaththab aku tak sanggup memandang wajahnya kerana ia sangat keras menjalankan syariatmu. Aku gementar apabila memandang wajahnya. Imannya
kukuh. Engkau pernah mengatakan bahawa seandainya ada Nabi lagi setelah engkau maka Umar Ibnu Khaththab yang akan diangkat. Sehingga dia digelari Umar Al-Faruq.

Rasulullah :"Apa pendapatmu tentang Utsman ?".

Iblis :" Terhadap Usman Ibnu Affan,aku malu dengan orang yang para malaikat saja malu kepadanya". Aku tak kuasa menghampirinya kerana lidahnya senantiasa membaca Al-Qur`an siang,
malam, pagi dan petang. Dialah penghulu orang yang sabar lagi pula dia adalah menantumu.

Rasulullah :"Apa pendapatmu tentang Ali ?".

Iblis: Terhadap Ali Ibnu Abu Thalib aku sangat takut kerana kegagahannya bertempur di medan perang. Bila kami golongan iblis memandang wajahnya akan terbakarlah biji mata kami kerana dia
sangat kuat menjalankan perintah Allah. Dialah yang pertama kali memeluk agama Islam dari golongan anak-anak. Ia tak pernah sekalipun menundukkan pandangan matanya dari patung-patung,
sehingga digelari Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah (dimuliakan Allah kerana wajahnya). Engkau mengatakan engkaulah negeri semua ilmu dan Ali itu pintunya.

Rasulullah : Bagaimana caramu memperdaya ummatku?

Iblis : Bagiku ummatmu terbagi tiga:
Pertama : Seperti air hujan dari langit yang menghidupkan semua tumbuh-tumbuhan serta banyak manfaatnya. Mereka adalah guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia agar mengerjakan
perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Kedua : Seperti tanah yaitu bersyukur dan rela atas nikmat dan kurnia Tuhan yang diberikan kepadanya. Mereka beramal soleh dan bertawakal kepada Tuhan.
Ketiga : Seperti fir`aun sangat tamak pada harta dunia sampai melupakan amal akhirat. Aku sangat suka pada orang-orang seperti ini. Kuputar hatinya pada perbuatan maksiat dan durhaka. Hatinya
terpikat pada dunia dan lupa pada akhirat.

Rasulullah : Siapakah yang serupa dengan engkau?

Iblis : Orang-orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang-orang yang mempelajari hukum-hukum agama islam.

Rasulullah : Siapakah yang membuat mukamu berseri-seri kegirangan?

Iblis : Itulah orang-orang yang berbuat dosa dan noda dan bersumpah dengan sumpah palsu serta menyalahi janji.

Rasulullah : Cubalah terangkan perbuatanmu pada ummatku dikamar mandi?

Iblis : Orang islam apabila tidak mengucapkan perlindungan ketika memasuki kamar mandi nescaya kugosokkan najis ketubuhnya tanpa dia sedari tapi apabila dia mengucapkannya aku lari.

Rasulullah : Bagaimana perbuatanmu terhadap ummatku apabila mereka melakukan persetubuhan dengan isterinya?

Iblis : Aku lari apabila ia mengucapka doa bersetubuh, tapi bila tidak maka akulah yang mendahului bersetubuh dengan isterinya dan apabila benihku bercampur dengan benih isterinya maka anak
yang lahir akan senang kepada perbuatan maksiat.

Rasulullah : Bagaimana caranya agar dapat menolak tipu dayamu?

Iblis : Segeralah bertaubat dengan sungguh-sungguh setelah melakukan perbuatan dosa.

Rasulullah : Siapa saja yang lebih engkau sukai?

Iblis : Lelaki atau wanita yang dalam masa 40 hari tidak mencukur bulu ari-arinya, maka duduklah aku mengecilkan diri seperti kutu busuk. Aku juga berbuai-buai pada ketiak orang-orang yang tidak
mencabuti atau mencukurnya.

Rasulullah : Siapakah yang paling akrab denganmu?

Iblis : Orang-orang yang menelungkup, yang mengantuk di waktu subuh sehingga tak cepat bangun untuk solat. Orang-orang seperti ini kugomol dan kupeluk supaya puas tidurnya sampai terbit
matahari. Demikian juga pada waktu solat yang lain kukacau hatinya dengan berbagai rayuan dan tipu muslihat sehingga mereka menjadi malas mengerjakan sholat.

Rasulullah : Apakah yang dapat menghancurkanmu?

Iblis : Banyak berzikir, bersedekah secara sembunyi-sembunyi, taubat dan membaca Al-Qur`an.

Rasulullah : Apakah yang dapat memecahkan matamu bila kamu melihat?

Iblis : Orang beri`tikaf di mesjid, orang yang taat kepada kedua orang tuanya dan membantu keduanya dalam soal makanan dan pakaian.

Rasulullah : Apakah yang menyebabkan kamu terbelenggu?

Iblis : Apabila pedagang tidak curang dalam perdagangannya.

Rasulullah : Bagaimana perasaanmu apabila ummatku memberi salam kepada temannya?

Iblis : Rasanya pecah dadaku. Bila mereka bertemu yang seorang memberi salam dan yang lainnya menjawabnya aku menangis sedih karena keduanya mendapat ampunan setelah berpisah.

Rasulullah: Siapa saja yang menjadi teman karibmu?

Iblis : Para peminum minuman keras dan para pecandu kerana hal ini boleh menyebabkan perceraian dan perkelahian.

Rasulullah : Siapa temanmu yang setaraf denganmu?

Iblis : Bila berjumpa laki-laki dengan wanita maka wanita itu kududuki kuduknya dan kuhias wajahnya sehingga nampak bertambah ayu dan menawan. Dan Apabila mereka sampai berzina maka
merekalah yang setaraf denganku.

Rasulullah : Dimanakah kamu bertempat tinggal?

Iblis : Dirumah-rumah berhala, batu-batu besar dan tempat-tempat yang dianggap keramat. Apabila mereka datang kesana aku pengaruhi hatinya agar bertambah yakin kepada benda-benda yang
dikeramatkan sehingga bertambah musyriklah mereka.

Rasulullah: Dimanakah kamu selalu berkumpul?

Iblis : Ditempat hiburan dimana laki-laki dan wanita bercampur baur.


Rasulullah : Apa yang kamu kerjakan dimasjid-masjid?

Iblis : Mengacau hati orang yang solat. Dan yang kutakuti adalah yang tidur disana.

Rasulullah : Mengapa begitu? Padahal yang sedang bermunajat kepada Allah kamu tidak takut.
Bukankah yang tertidur itu dalam keadaan tak sedar dan tak melihat apa-apa?

Iblis : Orang yang solat itu mudah aku perdaya kerana sebahagian besar mereka jahil dan tak tahu hakikat syariat agama tetapi yang tertidur sebahagian besar adalah mereka yang tahu tentang
syariat agama. Bila ia terbangun aku khuatir ia menegur dan memperbaiki solat orang-orang yang kugoda.

Rasulullah : Apa yang kamu sukai dan kau puji dari seseorang?

Iblis : Suara orang-orang yang bernyanyi, bersajak diiringi bunyi-bunyian. Sedangkan orang-orang yang bernazam dan bersalawat dengan suara yang bagus kurang mengenakkan aku.

Rasulullah : Siapakah yang menjadi temanmu yang paling kau sukai?

Iblis : Para penipu dan para pemakan harta anak yatim

Rasulullah : Sebab apa kau gelapkan manusia?

Iblis : Kugelapkan hati manusia kerana mereka:
- Makan dan minum dari hasil yang haram.
- Lambat bangun sehingga meninggalkan solat subuh.
- Terlalu mengenyangkan perut sehingga malas mengerjakan solat dan ibadah.

Rasulullah : Siapa yang menggembirakanmu?

Iblis : Orang-orang kaya yang bakhil bersedekah di jalan Allah. Orang-orang yang tak mahu mengeluarkan zakat, mereka hanya mahu mengeluarkan dengan imbalan tenaga sedangkan familinya
banyak yang miskin dan berhajat pada sedekah.

Rasulullah : Siapa saja yang menggemukkan dan menyuburkanmu?

Iblis : Orang-orang yang hasad (dengki), orang-orang yang tidak mempelajari hukum-hukum agama dan wanita-wanita yang tidak menjaga kehormatannya.

Rasulullah: Bagaimana halnya bila seorang ulama mati?

Iblis : Aku akan mempersubur fitnah dikalangan masyarakat.

Rasulullah : Apakah tindakanmu apabila ummatku melaksanakan solat berjamaah?

Iblis : Sungguh akan gagallah tipu dayaku pada mereka.

Rasulullah: Bagaimana keadaanmu apabila ummatku bershalawat kepadaku?

Iblis : Itu bererti sama dengan membelah mukaku kerana mereka sangat ingat kepadamu.

Rasulullah : Apabila ummatku berpuasa Ramadhan dan ditutup dengan solat maka Allah berfirman: "Wahai malaikat-malaikat-Ku, setiap yang bekerja tentu menuntut upah, dan hamba-Ku yang
berpuasa sebulan, lalu mereka keluar berhari-raya, mereka menuntut upahnya. Aku persaksikan kepadamu bahawa Aku telah mengampuni dosa-dosa mereka". Allah berfirman lagi: " Wahai ummat
Muhammad pulanglah kerumah masing-masing, sesungguhnya Aku ampunkan semua dosamu yang lalu dan yang akan datang dan Aku gantikan dosa-dosamu dengan kebajikan". Bagaimana
perasaanmu ya iblis?

Iblis : Aku memekik sekuat-kuatnya sehingga anak buahku berdatangan. Kukatakan kepada mereka: "Wahai tentara dan pengikutku, yang menyebabkan aku berduka cita adalah kerana Allah telah
mengampuni ummat Muhammad pada hari ini. Wahai tentaraku tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah menerima puasa ummat Muhammad dan Allah sangat mengasihi dam merahmati serta
mengabulkan segala permohonan mereka. Allah juga telah mengampuni dosa mereka. Maka hendaklah kamu goda mereka agar mereka malas beribadah dan kembali durhaka serta mengerjakan
berbagai kemaksiatan. Dengan begitu Allah murka sehingga diturunkan bala bencana. Bila sudah demikian rianglah aku.

Rasulullah : Siapa saja pendukungmu?

Iblis : Orang yang tidak bertaubat dari dosanya apalagi bila ia bangga dengan dosanya. Tetapi orang yang mengucapkan Laa ilaaha illahllah dan istighfar akan membinasakanku. Orang yang
bersiul-siul, kerana sewaktu aku diusir kedunia aku mengembara dengan bersiul-siul. Itulah hiburanku. Tetapi orang yang azan akan menghalangiku kerana malaikat hadir bersama mereka.


Rasulullah : Apakah ikhtiarmu dan usahamu atas ummatku setelah aku diutus menjadi Rasul Allah untuk menyelamatkan Bani Adam dari kesesatan kepada jalan Allah?

Iblis : Aku akan berusaha sungguh-sungguh dalam menarik Bani Adam ke jalan maksiat. Akan kujadikan laki-laki dan wanita bergaul dengan bebas supaya senang dan mudah aku menggoda
mereka kepada maksiat. Aku tidak akan berhenti menjerumuskan mereka selama nyawa dikandung badan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar